Menjelang sambutan Deepavali esok, kita boleh cuba bertanya kepada rakan-rakan kaum India beragama Hindu tentang sejarah dan makna simbolik perayaan itu. Akan tetapi, jangan terkejut sekiranya kita mendapat versi yang pelbagai daripada individu berbeza. Majalah Dewan Siswa (November 1982) pernah menyiarkan rencana bertajuk Deepavali: Hari Meraikan Roh. Dari satu sudut, majoriti kaum India yang menyambut Deepavali memang mengadakan upacara sembahyang khas bagi memperingati saudara mara yang sudah meninggal dunia. Budaya India dan agama Hindu memang amat kompleks serta dipenuhi epik, hikayat, mitos, purana, veda dan ajaran yang boleh pula diberi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya