Bimbang ramai pekerja Bangladesh - Utusan Malaysia

Bimbang ramai pekerja Bangladesh

KEMASUKAN pekerja warga Bangladesh tertakluk kepada saringan keselamatan dan kesihatan termasuk pematuhan syarat-syarat Jabatan Imigresen. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBAGAI individu yang selalu melawat ba-nyak tempat atas urusan kerja, saya mendapati wujud peningkatan ketara jumlah pekerja Bangladesh di negara ini.

Sudah banyak sektor kerja yang mereka kuasai. Lagi pelik, mereka turut bekerja sebagai pemandu teksi sapu dan penghantar makanan yang sepatutnya untuk orang tempatan sahaja.

Di Pantai Timur dan sebelah utara tanah air yang peluang pekerjaan tidak sebanyak di Lembah Klang, warga asing boleh dijumpai bekerja di kampung-kampung. Kalau di Kuala Lumpur dan Selangor, lebih ketara jumlah mereka.

Beberapa kawasan di Selangor sudah seperti kampung halaman mereka. Contohnya di Ampang, Subang dan Sungai Buloh. Bila sudah ramai, mereka tidak lagi gentar untuk berniaga secara terang-terangan. Peningkatan mendadak ini mungkin disebabkan mereka memilih untuk terus tinggal di Malaysia setelah permit tamat tempoh.

Bilangan warga Bangladesh sukar dikurangkan selagi majikan lebih mengutamakan pekerja asing atas faktor upah murah selain wujud banyak ejen yang mengaut keuntungan dengan menguruskan kemasukan mereka.

Justeru, kerajaan diminta membekukan kemasukan pekerja asing selama tiga hingga lima tahun selepas pandemik Covid-19 berakhir bagi mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan rakyat yang semakin merisaukan.

RIZAL A.
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya