Hari ini sudah masuk hari ke-46 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sejak 14 Oktober lalu. Ia berikutan peningkatan kes Covid-19. Ekoran itu, aktiviti masjid dan surau turut terjejas. Antara yang terhalang adalah solat Jumaat. Di Selangor, solat Jumaat hanya dibenarkan enam jemaah di zon merah dan kuning manakala masjid di zon hijau 23 orang dan surau Jumaat 16 orang. Di Wilayah Persekutuan kelonggaran diberikan mendirikan solat Jumaat mengikut satu pertiga luas dewan solat utama masjid dan surau Jumaat bagi zon…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya