Mengikut laporan Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), negara mencatatkan purata 1,000 orang diisytihar muflis pada setiap bulan sepanjang tahun lalu. Dianggarkan angka tersebut akan terus meningkat kepada empat hingga lima peratus, tahun ini. Apa yang membimbangkan kita, kelompok masyarakat yang paling ramai muflis adalah dalam kalangan peringkat umur 35 hingga 44 tahun. Ini menunjukkan golongan muda semakin kritikal dari segi kedudukan dan pengurusan kewangan, sekali gus memerlukan bimbingan sewajarnya dalam aspek pengurusan kewangan peribadi yang berhemat. Tahun ini dilihat semakin parah apabila serangan wabak Covid-19 memberi kesan langsung kepada kedudukan ekonomi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya