Awas kapur dalam makanan bayi - Utusan Malaysia

Awas kapur dalam makanan bayi

KAPUR dalam makanan bayi adalah tidak perlu kerana susu ibu dan susu rumusan bayi sudah kaya kalsium. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KALSIUM karbonat adalah satu lagi ramuan bukan makanan sering terkandung dalam makanan bayi yang diproses seperti biskut, beras bercampur susu dan buah campur.

Sebenarnya, ia adalah nama lain bagi kapur. Ramuan kalsium karbonat amat bermanfaat kepada pengeluar kerana ia membantu membaur campuran adunan, tidak berketul atau keras. Ia turut digunakan sebagai pewarna, menjadikan makanan kelihatan lebih putih.

Namun kalsium karbonat telah diharamkan di beberapa negara, antaranya Kanada dan Sweden kerana kandungan tinggi kapur dalam diet boleh menyebabkan sembelit.

Penyerapan kalsium yang berlebihan pula boleh meningkatkan masalah gangguan dikenali sebagai hypercalcaemia yang boleh menyebabkan kalsium berkumpul dalam buah pinggang, jantung dan organ lain.

Kapur dalam makanan bayi adalah tidak perlu kerana susu ibu dan susu rumusan bayi sudah kaya dengan kalsium. Selain kalsium karbonat, anda juga perlu perhatikan dicalcium phosphate – satu lagi kalsium yang turut dimasukkan ke dalam makanan bayi.

PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG Georgetown

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya