Arahan kakitangan bekerja dari rumah jalan terbaik - Utusan Malaysia

Arahan kakitangan bekerja dari rumah jalan terbaik

BEKERJA dari rumah adalah pilihan terbaik ekoran penambahan kluster tempat kerja. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

arahan pemerintah supaya pekerja di sektor kerajaan dan swasta bekerja dari rumah adalah langkah terbaik dalam mengawal penularan pandemik Covid-19 di negara ini.

Ini kerana virus tersebut telah menular hampir seluruh negeri terutama di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Sabah sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Semasa kerajaan melaksanakan PKPB pada 14 Oktober lalu, masih ramai yang mengambil ringan dan mengabaikan saranan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), malah pejabat masih penuh dengan pekerja sedangkan kluster tempat kerja pula semakin meningkat.

Diharap orang ramai menggunakan kelonggaran untuk bekerja dari rumah dengan baik dan melaksanakan tanggungjawab dengan amanah. Janganlah mengambil kesempatan di sebalik kesulitan yang dihadapi oleh negara.

Kita perlu bekerjasama dan tidak mementingkan diri sendiri jika mahu negara bebas daripada pandemik berkenaan.

MIA ZURINA
Melaka

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya