Ambil tindakan tegas terhadap Fahmi Reza - Utusan Malaysia

Ambil tindakan tegas terhadap Fahmi Reza

Kartunis Fahmi Reza sepatutnya menggunakan bakat melukis ke arah kebaikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SELEPAS terpalit isu menghina Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri pada awal Oktober lalu, kartunis kontroversi, Fahmi Reza sekali lagi mencetuskan kemarahan rakyat apabila memuat naik karikatur menghina Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Di saat negara sedang berhadapan penularan Covid-19 dan Noor Hisham dijulang sebagai wira negara kerana berhabis-habisan bekerja setiap hari tanpa rehat untuk hampir setahun ini, tindakan kartunis itu dianggap ‘sampah’ kerana mengguris hati banyak pihak.

Difahamkan, lukisan tersebut dilukis berikutan kenyataan Noor Hisham yang membalas ciapan dalam Twitter, “Please use the toilet” sebagai maklum balas terhadap seorang pengguna akaun yang menggunakan perumpamaan, guru kencing berdiri, murid kencing berlari berhubung perbuatan pihak tertentu tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sebagai orang awam dan memiliki pengaruh tersendiri, sewajarnya Fahmi menggunakan bakat melukisnya itu ke arah kebaikan dengan mengajak orang ramai mematuhi SOP, bukan sebaliknya hingga menimbulkan kebencian masyarakat terhadap karya-karyanya.

Pihak berkuasa perlu melihat perkara ini dan mengambil tindakan terhadap kartunis tersebut kerana jelas dia cuba mewujudkan konflik dan ketegangan dalam masyarakat.

NABILAH IDRIS
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya