TikTok sebagai medium pendidikan - Utusan Malaysia

TikTok sebagai medium pendidikan

PENGGUNA TikTok kebanyakan dalam lingkungan umur 12 hingga 30 tahun. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ADAKAH anda pernah mendengar mengenai aplikasi TikTok? Untuk pengetahuan semua, TikTok adalah aplikasi paling cepat berkembang dengan lebih satu bilion pengguna di seluruh dunia.

Pengguna TikTok kebanyakan dalam lingkungan kumpulan umur 12 hingga 30 tahun yang meluangkan masa sekitar sejam sehari melayari aplikasi berkenaan. Ini menjadikan aplikasi itu berpotensi untuk digunakan sebagai platform tambahan bagi pendidikan.

Kebanyakan pelajar mempunyai akaun TikTok. Ini memudahkan para pendidik untuk memanfaatkannya sekali gus membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran kreatif, dengan penggunaan video interaktif.

Video TikTok pendek dan berdurasi dalam 15 saat sahaja, justeru ia memerlukan kreativiti dan usaha bersungguh-sungguh bagi memastikan mesej yang disampaikan bermakna dan disukai pengguna terutamanya pelajar.

Ada pendidik menggunakan medium TikTok secara berinovatif, misalnya untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. Sebagai contoh, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Cik Syifaa (@ticerfaa). Dia mempunyai 62,700 pengikut dan lebih dari 351,900 tanda suka. Video yang dihasilnya sangat ringkas dan padat tetapi mempunyai maklumat lengkap dan amat mudah difahami.

Pembelajaran dalam talian telah meningkatkan lagi penggunaan video. Jangan terkejut jika pada masa hadapan akan muncul Kelab TikTok di sekolah-sekolah di Malaysia sama seperti di Amerika Syarikat.

Perubahan medium pendidikan selaras dengan pembangunan teknologi semasa adalah perlu bagi menarik minat generasi muda untuk mendalami ilmu pengetahuan.

DR. MUHAMMAD MAJID & DR. MOHAMAD FAIZAL RAMLI
Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya