Terganggu gerai kotor - Utusan Malaysia

Terganggu gerai kotor

Gerai yang didakwa menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk di Flat Perangsang Permai, Petaling Jaya, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TINDAKAN peniaga kedai makan yang tidak menjaga kebersihan di Blok A, Flat Perangsang Permai, Petaling Jaya, Selangor mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk di situ.
Malah gerai tersebut berbau busuk sehingga boleh dihidu rumah lain selain longkang tersumbat dengan sisa minyak dan makanan.

Bukan itu sahaja, kelalaian peniaga terbabit menyebabkan banyak tikus dan lipas masuk ke rumah penduduk.

Kami difahamkan, mereka berniaga secara haram iaitu tanpa lesen yang sah.

Gerai makan tersebut beroperasi antara pukul 6 petang hingga 3 pagi dari Selasa hingga Ahad. Ini sekali gus mengganggu masa rehat penghuni kerana bunyi bising yang dibuat oleh geng mat rempit yang datang melepak.

Selain itu, kehadiran pelanggan dari luar kawasan menyebabkan parkir kereta yang dikhaskan untuk penduduk digunakan oleh mereka.

Kami juga difahamkan, gerai tersebut pernah disita pada dua tahun lepas menyebabkan semua barang perniagaan dirampas.

Sebagai penduduk, kami tidak kisah jika mereka mahu berniaga kerana itu sumber rezeki yang halal, namun soal kebersihan dan ketenteraman awam perlu dijaga.

PENDUDUK FLAT PERANGSANG PERMAI
Petaling Jaya, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya