Susahnya patuh SOP - Utusan Malaysia

Susahnya patuh SOP

Pihak berkuasa kerap menahan individu yang melanggar SOP PKPP yang ditetapkan oleh kerajaan. – Gambar Hiasan/Utusan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

WALAUPUN Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula Jun lalu sudah memasuki bulan keempat, namun masih lagi terdapat segelintir masyarakat yang alpa dengan syarat-syarat ditetapkan oleh kerajaan.

Setiap hari, ada sahaja terpapar di dada akhbar berkaitan individu dikenakan kompaun akibat tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti mengadakan majlis tertutup, berkumpul beramai-ramai dan sebagainya menyebabkan saya tertanya-tanya. Adakah mereka tidak mengetahui perkara itu atau merasakan diri mereka kebal undang-undang?

Saya juga musykil, adakah mereka yang sengaja melanggar undang-undang merasakan terlalu tertekan dengan SOP sehingga perlu mengadakan aktiviti yang dilarang?

Ketika negara sedang berada dalam gelombang ketiga pandemik Covid-19, sepatutnya rakyat lebih prihatin dengan SOP yang dicadangkan dan patuh kepada arahan, bukannya membebankan barisan hadapan dengan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah. Sebaliknya, bekerjasama membendung penularan pandemik ini.

Peningkatan kes mendadak bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main kerana ia membabitkan soal kesihatan, keselamatan dan ekonomi. Malah, beberapa hari ini turut melibatkan kehilangan nyawa yang agak banyak dalam sehari.

Wajarlah orang ramai mendengar saranan kerajaan dengan tidak menjadikan alasan bosan duduk di rumah untuk keluar dan akhirnya menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 di dalam negara.

Janganlah mengambil kesempatan dengan surat kebenaran yang dikeluarkan oleh syarikat untuk kepentingan peribadi kerana di peringkat kerajaan, mereka sedang sedaya upaya melawan wabak ini.

Jika tiada kerjasama daripada rakyat, maka usaha kerajaan dianggap sia-sia dan mustahil Malaysia boleh menang melawan pandemik ini.

IKRAM ISMAIL
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya