Pandemik Covid-19 memberi kesan kepada kita semua. Antara yang paling terjejas adalah sektor ekonomi. Ramai yang hilang mata pencarian termasuk diberhentikan kerja ekoran wabak yang belum nampak bila akan berakhir. Situasi ekonomi dunia juga tidak menentu. Laporan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Selasa lalu mendedahkan sebanyak 835,000 atau 11.3 peratus isi rumah di negara ini berisiko jatuh ke paras kemiskinan. Dapatan itu diperoleh menerusi laporan terbaharu KRI bertajuk Kebajikan di Malaysia Merentasi Tiga Dekad yang turut menunjukkan kemiskinan relatif masih tinggi, iaitu pada kadar 16.9 peratus melibatkan 1.2 juta isi rumah.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya