Sampai bila nak guna Exit? - Utusan Malaysia

Sampai bila nak guna Exit?

Sudah sampai masanya perkataan bahasa Inggeris Exit disertakan sekali dengan perkataan bahasa Melayu iaitu ‘susur keluar’. – IHSAN PENULIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK sekian lama, mungkin dari zaman British lagi, papan tanda gantri untuk penunjuk arah jalan susur keluar dari lebuh raya/jalan persekutuan/jalan negeri, menggunakan perkataan bahasa Inggeris iaitu Exit.

Sudah sampai masanya perkataan bahasa Inggeris itu disertakan sekali dengan perkataan bahasa Melayu iaitu ‘susur keluar’. Penulis telah mengemukakan cadangan melalui e-mel kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Jawapan daripada DBP adalah: “Sebagai badan perancangan bahasa, DBP hanya boleh memberikan nasihat dan bimbingan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan indah tetapi DBP belum lagi diberikan kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik dan betul.”

LLM turut memberi jawapan dengan menyebut perkataan Exit adalah common (biasa) dan mudah difahami oleh mana-mana bangsa di seluruh dunia. Cadangan untuk menggantikan Exit memerlukan ruang lebih besar dan memberi kesan terhadap keseluruhan struktur dan saiz reka bentuk papan tanda.

KAMARUDDIN HASSAN
Shah Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya