Risau anjing liar dijangkiti virus - Utusan Malaysia

Risau anjing liar dijangkiti virus

Masalah anjing liar dikhuatiri mengancam keselamatan penduduk terutama kanak-kanak. – Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENDUDUK di rumah Pangsa Serdang Raya di Serdang, Selangor mahu pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi menangani masalah anjing liar di kawasan perumahan tersebut.

Ini kerana terdapat empat ekor anjing liar mengganggu ketenteraman penduduk. Haiwan liar itu membuang najis dan kencing di merata-rata tempat termasuk pada tayar kereta milik penduduk.

Saya risau jumlah anjing terbabit bertambah ekoran terdapat penduduk memberi makan kepada haiwan-haiwan berkenaan.

Malah, saya juga khuatir sekiranya ada anjing-anjing liar itu dijangkiti virus anjing gila yang membahayakan penduduk terutama kanak-kanak.

Justeru, saya berharap pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera sebelum perkara ini menimbulkan masalah lebih besar kepada penduduk.

ROSLAN
Serdang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN