JARAK Bandar Seri Putra di Selangor dan Alor Gajah, Melaka, kurang 90 kilometer. Pekan yang dipisahkan oleh Negeri Sembilan itu sering menjadi laluan utama bagi yang berkunjung ke bandau bersejarah ini. Pada hujung minggu, kenderaan dari Lembah Klang bertali-arus memasuki Plaza Tol Ayer Keroh dan Plaza Tol Simpang Ampat. Namun, suasana berbeza dilihat sekarang berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang berkuat kuasa Rabu lalu. Meskipun Melaka tidak terlibat dengan PKPB tetapi secara tidak langsung memberi impak kepada industri pelancongannya. Sebelum ini ramai datang pagi dan pulang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya