Pastikan kejadian tidak berulang - Utusan Malaysia

Pastikan kejadian tidak berulang

PENGUMUMAN Annuar Musa dalam Twitter miliknya pada 28 September lalu mengenai langkah DBKL membatalkan penukaran Jalan Raja Laut 1 kepada Jalan Palestin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

LANGKAH Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan penukaran nama Jalan Raja Laut 1 sebagai Jalan Palestin baru-baru ini harus dijadikan pengajaran oleh semua pihak supaya tidak berulang.

Langkah itu dibuat setelah Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam ciapanTwitter meminta pihak berkenaan memberi penjelasan rasional berhubung tindakan tersebut kerana nama Jalan Raja Laut 1 membawa makna besar dalam sejarah Melayu dan Kuala Lumpur itu sendiri.

Menurut Annuar, beliau tiada halangan hendak menamakan jalan di Kuala Lumpur dengan Jalan Palestin sebagai tanda sokongan kepada perjuangan pembebasan Al-Quds (Baitulmuqaddis).

Tegas beliau, jalan yang sepatutnya dipilih adalah yang mempunyai nama Inggeris seperti Jalan Stonor, Jalan Conlay dan Jalan Cochrane.
Jalan Raja Laut 1 yang terletak dalam kawasan Chow Kit adalah sempena nama Raja Muda Laut Sultan Muhammad Shah (1850-1913) yang pernah menjadi majistret dan penghulu di Kuala Lumpur.

Almarhum juga dimasyhurkan sebagai Raja Muda Selangor pada 1898 dan bertanggungjawab membina sekolah Melayu pertama di Kuala Lumpur.

Raja Muda Laut mendapat nama itu kerana dilahirkan di laut sekitar perairan Lukut, Negeri Sembilan.

Bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang, DBKL perlu menambah baik prosedur operasi standard (SOP) menukar nama jalan bagi memastikan semua pihak khususnya menteri dan Kabinet dimaklumkan terlebih dahulu.

PEWARIS RAJA ALANG
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya