Parkir mengundur pilihan terbaik - Utusan Malaysia

Parkir mengundur pilihan terbaik

Parkir secara mengundur memiliki banyak kelebihan terutama di kawasan yang sesak dan ketika waktu kecemasan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

AWAL tahun lalu, saya dan beberapa sahabat melancong ke Singapura selama tiga hari dua malam. Percutian tersebut adalah yang terakhir sebelum negara mengisyiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

Selain kota singa itu dikenali sebagai negara yang bersih, kaedah parkir secara mengundur di semua lokasi termasuk kawasan perumahan turut menarik perhatian kami.

Kami difahamkan, rakyat di republik tersebut diwajibkan parkir kenderaan secara mengundur kerana cara tersebut jauh lebih selamat dan dapat mengelakkan kesesakan.

Ini kerana jika parkir secara mengundur, kereta akan menghadap keluar sekali gus memudahkan pemandu melihat trafik dan tidak mengambil masa yang lama untuk keluar dari petak letak kenderaan.

Bayangkan sekiranya sesebuah kereta tidak dapat dihidupkan dan cara parkir mengundur dilihat sebagai kelebihan kerana memudahkan orang ramai membantu secara kaedah jump start.

Jadi, mengapa kita tidak melihat perkara ini sebagai sesuatu yang positif sekali gus menjadikannya sebagai amalan? Ini kerana ia memberi kemudahan kepada banyak pihak.

Janganlah menjadikan kesukaran sebagai alasan kerana lama-kelamaan ia akan menjadi perkara biasa dan semua pemandu akan lebih cekap meletakkan kereta dengan cara sedemikian.

AKASYAH HALIM
Shah Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya