Pantau ‘taiko’ kaya - Utusan Malaysia

Pantau ‘taiko’ kaya

Penahanan lima individu termasuk seorang berpangkat Datuk Seri oleh SPRM berhubung kes penggubahan wang haram (AMLA) baru-baru ini wajar menjadi pengajaran buat peniaga untuk tidak terlibat dengan aktiviti cuci duit. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

AKTIVITI ‘cuci duit’ dalam kalangan peniaga bukanlah perkara baharu demi untuk mengelakkan cukai.

Bahkan kejadian yang menimpa pasangan selebriti baru-baru ini harus dipandang serius kerana ia turut melibatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Saya percaya ahli perniagaan lain juga turut memasang ‘mata-mata’ untuk menyelamatkan perniagaan mereka daripada diserbu pihak berkuasa.

Justeru, PDRM atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu sentiasa memantau ‘taiko-taiko’ yang memiliki aset yang banyak sama ada ia diperoleh dengan cara halal atau tidak.

Kekayaan yang ditayangkan di laman sosial sepatutnya menjadi penanda aras kepada pihak berkuasa untuk memantau aktiviti perniagaan mereka.

Bukan hendak berdengki tetapi jika cara mereka adalah salah, maka perlu menerima hukuman sewajarnya. Namun, jika kekayaan itu diperoleh dengan cara yang betul, sudah pasti akan diberkati.

MAZLIZA SHUKOR
Cheras, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya