Naik taraf jalan raya sekitar Pasar Harian Selayang - Utusan Malaysia

Naik taraf jalan raya sekitar Pasar Harian Selayang

KEADAAN jalan yang berlopak berhampiran Pasar Harian Selayang. – IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SYABAS saya ucapkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana projek pembinaan bangunan baharu Pasar Harian Selayang yang bernilai RM80 juta sudah hampir siap.

Tinjauan saya dari luar mendapati reka bentuk bangunan baharu berkenaan cukup moden dan bakal menjadi mercu tanda di kawasan itu. Secara peribadi saya berpendapat, bangunan baharu itu lebih hebat berbanding Pasar Borong Kuala Lumpur yang terletak tidak jauh dari situ.

Cuma apa yang saya ingin bangkitkan adalah dakwaan sebilangan peniaga bahawa lot niaga lebih 700 unit yang disediakan agak sempit. Selain itu, saya musykil kerana difahamkan jumlah peniaga yang ada di situ adalah 1,000 orang iaitu melebihi bilangan lot.

Dalam pada itu, ketika tinjauan berkenaan, saya dapati kerja-kerja penurapan jalan sedang dijalankan, namun terdapat banyak lorong lain berlopak. Saya tidak pasti sama ada kerja-kerja penurapan terbabit akan melibatkan lorong berkenaan atau tidak.

Saya juga dapati tiada tanda-tanda akan dijalankan kerja-kerja pelebaran Jalan Selayang Baru berhadapan bangunan baharu pasar berkenaan sedangkan sebelum ini terdapat cadangan untuk menaik taraf laluan daripada dua kepada empat lorong. Jalan raya yang sempit menyebabkan kesesakan berlaku setiap hari.

AZMAN ZABIDI
Selayang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN