Lucu tapi tegas minta pelanggan patuh SOP - Utusan Malaysia

Lucu tapi tegas minta pelanggan patuh SOP

Bermula 11 Mac lalu mereka yang tidak mematuhi SOP akan dikompaun RM1,000 - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA terbaca satu hantaran yang tular mengenai seorang peniaga yang menggantung poster mengandungi kata-kata lucu berkaitan prosedur operasi standard (SOP) dalam mengekang pandemik Covid-19 di negara ini.

Walaupun kata-kata tersebut mencuit hati, tetapi tindakan peniaga berkenaan harus dipuji memandangkan dia mengambil berat saranan kerajaan untuk sentiasa mengamalkan SOP dalam rutin perniagaannya.

Dalam berseloroh, ada tegasnya pemilik gerai tersebut. Tahniah saya ucapkan.

Dalam keadaan kes yang sedang meningkat ini, diharapkan orang ramai kekal patuh kepada arahan kerajaan dan berhenti menuding jari menyalahkan pihak lain. Yang sudah itu, sudahlah.

Kita tidak mahu kembali kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana banyak sektor yang akan terjejas, sedangkan pada hari ini juga masih banyak perniagaan terpaksa menghentikan operasi dan tidak kurang yang sedang ‘memanjat’ untuk kembali stabil.

Justeru, saya berharap semua pihak sentiasa patuh pada SOP yang ditetapkan dan sentiasa menjaga kesihatan.

Saya percaya, kita boleh dan mampu melawan virus ini jika saling bekerjasama dan tidak mementingkan diri sendiri dalam menjalani rutin harian.

HALIM SAAT
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya