Laksana semula PKP - Utusan Malaysia

Laksana semula PKP

Kerja-kerja menyembur cecair pembasmi kuman di kolej kediaman pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Terengganu, Isnin lalu. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MELIHAT kepada perkembangan Covid-19 yang merebak hampir ke setiap negeri seperti diumumkan oleh Kementerian Kesihatan, saya mencadangkan kerajaan mengadakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, kebanyakan kes terdiri daripada saringan pulang dari Sabah.

Melihat keadaan pandemik itu sekarang yang merebak dan mengwujudkan kluster baharu amat merisaukan, malah penambahan jumlah kematian juga meletakkan negara kembali dalam zon bahaya.

Jika dilihat pada senario masa kini, negara bukan lagi berada di fasa pemulihan tetapi kembali kepada peringkat permulaan dahulu ketika jumlah kes meningkat saban hari.

Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara hendaklah kembali kepada kesiapsiagaan dalam menangani dan mengekang pandemik ini seperti pada Mac lalu.

Kita tidak mahu pandemik ini mengganas lagi dan menyusahkan rakyat. Justeru, adalah lebih baik melaksanakan semula PKP daripada terus melihat wabak ini merebak ke seluruh negara.

Pasukan barisan hadapan yang sebelum ini masih tidak dapat berehat sepenuhnya kembali memikul tugas berat demi kesihatan awam dan mengekang penyebaran penularan pandemik.

Ekoran peningkatan kes di luar jangkaan, maka adalah lebih baik berpatah balik dan melakukan tindakan seperti awal Mac lalu daripada terus menerus melihat wabak ini merebak.

Kita tidak mahu sekali lagi kehidupan rakyat merana dan ekonomi negara kembali merudum.

ABDUL HAMID
Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya