Lagi-lagi pencemaran air - Utusan Malaysia

Lagi-lagi pencemaran air

Sebahagian penduduk termasuk kanak-kanak di sekitar PJS 1 membawa botol kosong untuk mendapatkan air daripada lori tangki Syarikat Air Selangor di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

NAMPAKNYA berita-berita tangkapan akibat melakukan pencemaran dipandang sebelah mata oleh sebilangan pemilik syarikat atau kilang.

Kes terbaharu melibatkan sisa organik menyebabkan sungai tercemar hingga menjejaskan lebih sejuta pengguna di kawasan Sepang, Petaling, Hulu Langat dan Kuala Langat yang mengalami gangguan bekalan air.

Justeru, pindaan terhadap undang-undang sedia ada iaitu Akta Industri Perkhidmatan Air dan Akta Kualiti Alam Sekeliling adalah perlu bagi menangani perkara ini.

Hukuman lebih berat kepada mereka yang mencemarkan sumber air wajar dipertimbangkan agar pemilik kilang atau syarikat tidak sewenang-wenangnya membuang sisa ke dalam sungai.

Jangan beri muka kepada penjenayah ini kerana kesan pencemaran boleh membawa pelbagai implikasi terhadap kesihatan.

Sudah puas rakyat menderita akibat masalah bekalan air, ditambah pencemaran sungai hingga menyusahkan pengguna.

PENDUDUK PETALING JAYA
Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya