Kuarters lama JKR jadi habitat babi hutan - Utusan Malaysia

Kuarters lama JKR jadi habitat babi hutan

Kawasan kuarters JKR yang ditinggalkan kosong sejak beberapa tahun lalu kini menjadi habitat babi hutan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PIHAK Jabatan Kerja Raya (JKR) Batu Gajah, Perak di minta tidak lepas tangan dan mengambil tindakan terhadap beberapa adu­an yang dibuat oleh penduduk di Changkat ekoran kehadiran babi hutan yang me­nganggu penduduk.

Ia berpunca daripada kuarters JKR yang ditinggalkan kosong sejak beberapa tahun lalu sehingga menjadi seperti hutan tinggal.

Setiap malam babi berkeliaran di kawasan itu yang terletak bersebelahan rumah saya. Ia amat mengganggu kami sekeluarga kerana bau busuk yang amat kuat. Ada masanya kami berasa seperti tinggal di kandang babi.

Tanah di sekitarnya juga habis dikorek oleh haiwan liar tersebut.

Aduan demi aduan sudah dibuat, namun tiada sebarang tindakan susulan daripada pihak berkenaan. Ke mana lagi patut saya buat aduan? Tolong prihatin masalah saya ini.

ALINA
Changkat, Batu Gajah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya