Persidangan Halal Sedunia Ke-12 (WHC) anjuran Halal Development Corporation Malaysia (HDC) berlangsung pada 6 Oktober lalu dengan tema Komuniti Halal Pemacu Ekonomi Dunia Baharu. Persidangan itu menumpukan perbincangan kepada beberapa komponen antara lainnya memaju ekonomi halal melalui kewangan Islam. Persidangan itu turut dihoskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI). Sudah pasti terdapat banyak cadangan dan inisiatif bagaimana kewangan Islam boleh membantu memajukan industri halal terutama di peringkat antarabangsa. Antara faktor utama kejayaan kewangan Islam di Malaysia ialah kerangka perundangannya yang mantap dan komprehensif. Ia juga membina keyakinan pelabur-pelabur…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya