Kepentingan bidang kejuruteraan perisian - Utusan Malaysia

Kepentingan bidang kejuruteraan perisian

KEJURUTERAAN perisian melibatkan pembangunan pelbagai aplikasi seperti Microsoft Word. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENGAJIAN kejuruteraan perisian di universiti memberikan lebih peluang kepada graduan untuk mendapat pekerjaan.

Ini kerana ledakan teknologi dan internet masa kini membuatkan kejuruteraan perisian menjadi medium komunikasi dan maklumat terpenting dalam memacu sektor ekonomi negara.

Kepesatan teknologi dan internet banyak dipengaruhi dengan rangkaian berkelajuan tinggi generasi kelima (5G), robotik, kecerdasan buatan, Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) dan yang terkini Internet Saling Berhubung (IoT).

Terdapat banyak perisian yang dihasilkan yang membuktikan dunia sedang menuju masa depan digital. Lihat sahaja aktiviti urus niaga tanpa tunai, pertemuan secara maya, pesanan makanan secara maya, pesanan teksi dan juga pelbagai aplikasi lain yang boleh dimuat turun dari telefon pintar.

Istilah kejuruteraan perisian boleh digunakan untuk setiap jenis pembangunan perisian seperti Microsoft Word atau pembangunan aplikasi yang kompleks untuk perniagaan, hiburan, pendidikan dan perubatan.

Perkembangan pesat bidang perisian telah memudahkan banyak urusan harian manusia. Untuk menghasilkan perisian yang baik, teknik sistematik diperlukan supaya ia ramah pengguna, dapat memenuhi keperluan hidup, boleh beroperasi dengan cekap dan dalam anggaran bajet.

Pentingnya kejuruteraan perisian adalah kerana ia membina sesuatu yang tidak ada sebelumnya dan menyelesaikan masalah rumit dengan mengautomasikan aktiviti tersebut dalam bentuk perisian yang mudah digunakan.

NUR LIYANA SULAIMAN
Pelajar PhD kejuruteraan perisian, Universiti Teknologi Malaysia (UTM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya