Kekal positif, bertanggungjawab - Utusan Malaysia

Kekal positif, bertanggungjawab

SEBARANG bantuan pembayaran balik pinjaman bersasar yang diambil tidak akan menjejaskan kesihatan kredit peminjam. –IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MUDAH bagi kita untuk mengalami tekanan dan juga berputus asa pada waktu-waktu pandemik Covid-19. Tiada sesiapa dapat meramalkan keadaan ekonomi akan terjejas sebegitu besar.

Namun, amat penting untuk diingat bahawa kita tidak keseorangan dalam keadaan ini dan adalah mustahak bagi kita untuk membuat tindakan yang betul bagi mengawal situasi kewangan.

Ini termasuk mendapatkan bantuan pembayaran balik bersasar yang disediakan bank-bank untuk rakyat Malaysia yang layak dan terkesan dengan wabak itu. Prosesnya adalah mudah.

Sehingga 19 Oktober lalu, sebanyak 640,000 permohonan untuk bantuan pembayaran balik pinjaman secara bersasar telah diterima oleh industri perbankan.

Sebanyak 40 peratus daripada jumlah itu membabitkan golongan yang memerlukan bantuan lanjutan moratorium disebabkan kehilangan pekerjaan dan perniagaan yang terjejas akibat pandemik, manakala 60 peratus melibatkan pengurangan bayaran ansuran.

Setakat ini, 98 peratus daripada kesemua permohonan bantuan pembayaran balik pinjaman bersasar sudah diluluskan – bukti komitmen industri perbankan dalam membantu golongan yang terjejas akibat pandemik.

Sebarang bantuan pembayaran balik pinjaman bersasar yang diambil dalam tempoh ini tidak akan menjejaskan kesihatan kredit anda, kerana ia tidak akan direkodkan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Setelah selesai menguruskan pelan pembayaran balik pinjaman secara bersasar dengan pihak bank, pastikan anda membuat pembayaran mengikut jadual pembayaran baharu bagi mengekalkan kelayakan kredit dan teruslah berusaha untuk mengurangkan hutang-hutang yang ada.

MOHD. KAUTHAR ROZMAL
Ketua Pengarang portal The Outlook Asia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya