SAUDARA PENGARANG,
DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa menjalankan kerja-kerja baik pulih atau menaik taraf struktur jejantas pejalan kaki di Jalan Tun Razak yang mengalami kerosakan.
Ini kerana jika tidak dibaiki dengan segera dikhuatiri akan mengundang bahaya kepada pejalan kaki dan pengguna lalu lintas.
Seperti sedia maklum, laluan tersebut sentiasa sesak sepanjang masa dan ia amat membimbangkan sekiranya jejantas pejalan kaki itu runtuh dan terkena kenderaan atau penunggang motosikal.
Dengan penambahbaikan kemudahan itu, pasti akan memberi jaminan keselamatan kepada orang ramai.
Selain itu, jejantas perlu diperketatkan dengan ciri keselamatan seperti pemasangan sistem kamera litar tertutup.
Ini bagi mengelakkan kemudahan itu menjadi tempat berlakunya kes jenayah atau tempat tinggal pengemis dan gelandangan.
WAN
Kuala Lumpur