Ingin mengetahui kelebihan SSP - Utusan Malaysia

Ingin mengetahui kelebihan SSP

Sijil Simpanan Premium BSN yang masih disimpan sejak 1992. – IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA memiliki dua helai Sijil Simpanan Premium (SSP) yang dibeli pada 1992 dan 1999, namun tidak mengetahui kelebihan skim simpanan yang diperkenalkan oleh Bank Simpanan (BSN).

Sebagai seorang petani tua, saya berasa musykil dan tidak mengetahui apa yang boleh dilakukan dengan sijil-sijil ini kerana tiada sebarang maklumat diterima.

Jika mahu dijual, nilainya tidaklah banyak. Pada masa sama, saya tidak mengetahui jumlah dividen sepanjang memegang sijil ini.

Melalui carian di laman sesawang, SSP merupakan produk simpanan BSN patuh syariah yang menawarkan peluang kepada penyimpan untuk memenangi hadiah dalam cabutan. Namun, tidak semua pelanggan BSN dimaklumkan mengenai perkara itu.

Selain itu, hanya dengan RM10, semua penyimpan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan pada setiap minggu dan bulan di samping memperoleh keuntungan (dividen) berpatutan.

Malah, produk simpanan BSN yang unik dan diperkenalkan sejak 1978 itu dijamin oleh kerajaan dan semua hadiah dikecualikan daripada cukai pendapatan.

Justeru, adalah wajar BSN mengemaskini maklumat pelanggannya dan menghubungi mereka untuk memberitahu kelebihan dan perubahan-perubahan baharu yang dilakukan agar orang seperti saya tidak terlepas daripada perkembangan terkini.

OTAI KUTAI
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya