Hidupkan semula pusat beli- belah Pandan Safari - Utusan Malaysia

Hidupkan semula pusat beli- belah Pandan Safari

Pandan Safari Lagoon yang pernah mendapat sambutan menggalakkan pada suatu ketika dahulu, kini mati tanpa kehadiran pengunjung dan menjadi bangunan terbiar. – Gambar Media Sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MASIH ingat lagi bagaimana laluan di Pandan Perdana iaitu antara Cheras dan Ampang dibanjiri oleh orang ramai terutama dari Lembah Klang untuk menikmati hujung minggu di taman tema air di atas bumbung yang pertama di Malaysia iaitu, Pandan Safari Lagoon?

Selain bermain air, taman tema yang terletak di tingkat tujuh kompleks Pandan Safari itu memudahkan pengunjung untuk mendapatkan keperluan sepanjang melakukan aktiviti bersama keluarga.

Namun, selepas tragedi seorang pekerja taman tema air itu dilaporkan meninggal dunia akibat terperangkap dalam penyedut air tekanan tinggi semasa cuba mendapatkan barang salah seorang pengunjung di situ pada 2007, taman tema yang ketiga terbesar di Asia Tenggara pada masa itu terus sunyi sepi.

Malah, pusat beli-belah itu juga kaku tidak bernyawa. Patung zirafah yang boleh dilihat dari Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2) sudah kelihatan usang.

Sehingga kini, tiada satu pihak pun yang berhasrat untuk membangunkan semula bangunan tersebut sedangkan ia terletak di kawasan strategik.

Pada pandangan saya, jika dibangunkan semula sebagai pusat beli belah, sudah pasti mendapat sambutan kerana memudahkan penduduk di kawasan terbabit untuk membeli barangan keperluan harian.

ANNA RAZAK
Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya