SAUDARA PENGARANG,
SAYA amat berharap kerajaan Perikatan Nasional yang mentadbir ketika ini dapat terus berkhidmat sehingga habis mandat Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2023.
Pada pandangan saya, kerajaan hari ini menjalankan tanggungjawab dan berkhidmat dengan baik dan tiada keperluan untuk ditukar.
Inisiatif seperti Bantuan Prihatin Nasional misalnya, banyak membantu keluarga B40 yang terjejas pendapatan ketika ini.
Pemimpin UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hendaklah mendahulukan kepentingan rakyat dan mengetepikan agenda peribadi.
Sekarang juga bukanlah masa yang sesuai untuk mengadakan PRU-15 berdasarkan peningkatan kes Covid-19 selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, tempoh hari.
Ketidaktentuan politik sekarang amat merisaukan serta boleh menyebabkan pelabur luar ragu-ragu untuk menanam modal di negara ini.
SUDAH BOSAN
Kuala Lumpur