Isu kebolehpasaran graduan dan pengangguran dalam kalangan siswazah bukan masalah baharu di negara kita. Bilangan graduan yang semakin bertambah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan antara peningkatan jumlah mereka dengan peluang pekerjaan. Tahun ini, keadaan menjadi semakin parah dengan wabak Covid-19 yang memberi kesan langsung kepada ekonomi negara, sekali gus menjadi ancaman besar kepada peluang pekerjaan graduan. Dianggarkan 300,000 graduan baharu memasuki pasaran pekerjaan dan situasi ekonomi yang sangat tidak memberangsangkan mula memberikan cabaran besar kepada semua pencari kerja ini. Pihak industri pula tidak dapat memberi jaminan mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya