Gangguan air sejak lebih 10 tahun - Utusan Malaysia

Gangguan air sejak lebih 10 tahun

MASALAH gangguan bekalan air dijangka berlaku di 463 kawasan di Lembah Klang ekoran henti tugas loji di Semenyih hari ini 31 Ogos ekoran pencemaran bau.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MASALAH gangguan bekalan air bukanlah perkara baharu di Selangor sebaliknya sudah berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu.

Agensi yang menguruskan perkara ini dilihat bersikap acuh tak acuh sahaja walaupun telah banyak kali aduan dibuat.

Begitu juga dengan beberapa laporan yang disiarkan di media cetak dan elektronik termasuk Utusan Malaysia. Namun, seolah-olah tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berwajib.

Sejak 2008 hingga pertengahan tahun ini, sebanyak 83,729 gangguan bekalan air dilaporkan.

Puncanya, sama ada sungai (air mentah) tercemar yang menyebabkan loji air terpaksa ditutup atau kerja-kerja penyelenggaraan paip pecah atau masalah teknikal lain.

Daripada jumlah itu, kira-kira 50 peratus gangguan berlaku di Selangor dengan selebihnya di negeri-negeri lain.

Ini menunjukkan Selangor sebenarnya berhadapan dengan krisis air yang tidak berkesudahan.

Kes-kes berkaitan pencemaran sungai yang dibawa ke mahkamah menunjukkan denda atau hukuman tertinggi direkodkan dalam tempoh sama hanya RM75,000.

Oleh itu, tindakan tegas dan segera perlu diambil oleh kerajaan negeri Selangor bagi memastikan masalah gangguan air diselesaikan dengan segera kerana ia memberi kesan kepada aktiviti harian pengguna.

PENDUDUK KESAL
Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya