SAUDARA PENGARANG,
BAGI warga Tangkak, Johor, terutama yang tinggal berhampiran bandar ini, Dataran Ledang sudah tidak asing lagi bagi mereka. Dataran yang dibina menggantikan Padang Besar merupakan
tempat penganjuran pelbagai kegiatan seperti kebudayaan, keagamaan dan ekonomi.
Seiring pembangunan dan kemajuan Tangkak, langkah kerajaan membina Dataran Ledang adalah tepat di samping memberi nilai tambah kepada pembangunan bandar itu sendiri.
Hari ini, Dataran Ledang bukan sahaja mampu memberikan kemudahan kepada pelbagai pihak untuk menganjurkan kegiatan selain sebagai mercu tanda bandar Tangkak, bahkan menjadi tempat beriadah pada waktu pagi dan petang.
Keprihatinan Pejabat Daerah Tangkak dan Majlis Daerah Tangkak memilih Dataran Ledang sebagai Dataran Budaya pada penghujung 2019 amat dipuji.
Pelbagai kegiatan kebudayaan dan kesenian melalui Majlis Kebudayaan Daerah Tangkak (MKDT) yang merakyatkan kembali permainanpermainan tradisional seperti congkak dan batu seremban bukan sahaja mampu mengembalikan kegemilangan permainan-permainan tersebut tetapi juga dapat memperkenalkannya kepada generasi baharu.
Kini warga Tangkak boleh melihat dan mencuba bermain permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, gasing, ceper, dam aji dan terompah gergasi yang dianjurkan oleh MKDT setiap hujung minggu.
MOHD. NOH MOHAMED
Kg. Solok, Tangkak, Johor