Buang pelitup muka dengan cara yang betul - Utusan Malaysia

Buang pelitup muka dengan cara yang betul

Pemakaian pelitup muka yang diwajibkan oleh kerajaan perlu dibuang dan dilupuskan dengan cara yang betul bagi mengelak sebarang jangkitan penyakit kepada orang ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MEMANDANGKAN pemakaian pelitup muka yang diwajibkan sejak 1 Ogos lalu sebagai alat pelindung diri, maka cara pembuangannya perlu dilakukan dengan cara yang betul bagi mengelak penularan Covid-19.

Malangnya ramai yang tidak memandang berat perkara tersebut dengan membuangnya di atas jalan raya, parkir kenderaan, laluan kedai, longkang dan sebagainya.

Kebimbangan itu turut dilahirkan oleh Pengerusi Perikatan Komuniti Selamat (Ikatan), Tan Sri Lee Lam Thye.

Menurut Lam Thye, tindakan membuang pelitup muka dengan cara sedemikian boleh menyebabkan pengumpul sampah menjadi kumpulan yang paling mudah terdedah, sekali gus menyebarkan jangkitan.

Malah cadangan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap orang ramai yang sengaja membuang pelitup muka tanpa mengikut kaedah yang tepat disokong memandangkan langkah tersebut dapat melahirkan rakyat yang lebih bertanggungjawab dalam membendung virus Covid-19.

Tindakan itu perlu dilaksanakan bagi mencegah tingkah laku yang tidak bertanggungjawab ekoran boleh memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan mengakibatkan saluran air tersumbat.

Justeru, orang ramai diminta membuang pelitup muka dengan kaedah yang disaran oleh Kementerian Kesihatan seperti melipat dan menggulungkannya sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Marilah kita bersatu dalam membendung penularan pandemik Covid-19 sehingga virus itu ‘lenyap’ dari muka bumi ini. Selagi tiada vaksin atau penawar, maka kita perlu sentiasa berjaga-jaga dan mengamalkan kawalan kendiri agar tidak dijangkiti.

IMAN KHALID
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya