Belia Malaysia lebih terkedepan - Utusan Malaysia

Belia Malaysia lebih terkedepan

Sidang Parlimen Digital telah diadakan pada 4 dan 5 Julai lalu. – MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MEMANDANGKAN penularan pandemik Covid-19 masih belum reda, adalah tidak wajar sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara diadakan secara bersemuka di bangunan Parlimen.

Mengikut takwim Parlimen, Dewan Rakyat akan diadakan selama 27 hari bermula Isnin ini sehingga 15 Disember manakala Dewan Negara selama tujuh hari dari 14 hingga 23 Disember.

Pada zaman ini, pelbagai aplikasi dalam talian sudah wujud bagi memudahkan urusan semua pihak. Segala kemudahan itu perlu digunakan sepenuhnya oleh ahli-ahli Parlimen bagi memastikan sidang berjalan dengan lebih mudah, cepat serta berkesan.

Oleh itu, saya mencadangkan sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara diadakan secara dalam talian. Kaedah itu bukan sesuatu yang baharu kerana sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah pun mengadakan sidang Parlimen Digital yang terbukti boleh dilakukan.

Sidang Parlimen Digital yang diadakan pada 4 dan 5 Julai lalu berjaya menghimpunkan 222 wakil belia bagi membahas, membincang dan meluluskan rang undang-undang melalui satu platform khas dalam talian tanpa perlu kehadiran secara bersemuka.

Ingatlah, dengan penularan Covid-19 ketika ini, cara lama yang diguna pakai boleh mendedahkan wakil rakyat dan kakitangan Parlimen dengan jangkitan virus yang sangat berbahaya. Oleh yang demikian, adalah penting wakil rakyat mengguna pakai kaedah dalam talian.

Pindaan harus dilakukan terhadap Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi membolehkan sidang dalam talian dilaksanakan.

DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya