SAUDARA PENGARANG,
PROJEK pembinaan laluan transit aliran ringan (LRT) berdekatan Bandar Baru Sri Damansara, Kuala Lumpur bakal memudahkan pengguna di kawasan tersebut untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain.
Namun, didapati laluan alternatif yang dibuat sepanjang projek tersebut membahayakan pengguna jalan raya.
Contohnya, simpang ke Persiaran Dagang, Bandar Baru Sri Damansara dilindungi tiang konkrit yang menuju Jalan Persiaran Mahogani dan Angsana.
Justeru, kami mencadangkan dibuat persimpangan yang selamat dan bukannya di sebalik tiang yang menghalang pandangan pemandu.
Sepatutnya pihak pembinaan LRT berbincang dengan persatuan penduduk sebelum sesuatu langkah dibuat.
Saya mohon pihak berwajib mengambil tindakan segera terhadap perkara ini sebelum berlaku kemalangan.
Kami juga membantah cadangan menjadikan jalan di situ sebagai laluan sehala kerana akan menyulitkan penduduk yang terpaksa membuat pusingan lebih jauh.
WAN ISMAIL WAN PUTEH
Setiausaha
Persatuan Penduduk Persiaran Mahogan