Ayuh buktikan kita mampu menang - Utusan Malaysia

Ayuh buktikan kita mampu menang

KEJAYAAN kita ketika PKP dan PKPB dahulu adalah kerana amalan norma baharu dan pematuhan kepada SOP ditetapkan. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

WALAUPUN kini berlaku peningkatan kes Covid-19, kita perlu bersikap positif dengan melihat kembali langkah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB), PKP Diperketatkan (PKPD) dan PKP Diperketatkan Bersasar (PKPDB) sebelum ini yang berjaya menghentikan penularan wabak maut tersebut.

Dahulu, kita berjaya melawan wabak berkenaan dengan hanya duduk di rumah dan mengamal norma baharu.

Kini, kita diuji lagi dengan lonjakan kes baharu di Malaysia yang mencecah tiga angka setiap hari. Kali ini, ayuh buktikan kita mampu menang dengan mengharungi semula PKPB yang dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta beberapa tempat lain.

Sesuai dengan ajaran Islam, maka kita harus mengamalkan norma baharu bagi menjaga kesihatan. Kejayaan kita ketika PKP dan PKPB dahulu adalah kerana amalan norma baharu dan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Contohilah, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sentiasa terkehadapan dalam mengamalkan norma baharu dan mematuhi SOP sejak awal PKP lagi, 18 Mac lalu.

Justeru, siapa kita untuk mengatakan tidak kepada amalan norma baharu dan mematuhi SOP jika Ketua Negara sendiri telah memberi contoh teladan?

SARFARIZMAL SAAD
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya