Setelah berbulan-bulan tidak pekena nasi minyak berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akhirnya dapat juga saya menikmatinya bersama ayam masak merah dan daging masak hitam ketika menghadiri satu majlis perkahwinan di Shah Alam, Selangor, minggu lalu. Memahami penularan Covid-19 yang masih tidak menunjukkan tanda ‘lenyap’ dari bumi, saya akur untuk tidak bersalam ketika bertemu keluarga dan sanak saudara, selain mengekalkan penjarakan fizikal. Tuan rumah juga tidak memandang enteng arahan Kementerian Kesihatan untuk memastikan tetamu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti pemakaian pelitup muka, mengambil suhu badan, menyediakan sanitasi tangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya