Usah gugat kaum - Utusan Malaysia

Usah gugat kaum

SEMANGAT patriotisme dan toleransi di antara kaum harus dipupuk sejak kecil. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ERA sebelum kemerdekaan menunjukkan perpaduan di peringkat nasional boleh dikatakan tidak begitu kuat walaupun pelbagai inisiatif dilakukan oleh beberapa pemimpin yang sedar betapa pentingnya kewujudan penyatuan antara kaum. Kita seharusnya bersyukur kerana sehingga kini, negara masih aman apabila rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya hidup harmoni.
Bagaimanapun, ketegangan antara kaum yang mula wujud mampu menggugat keharmonian dan menjadi parah jika tidak dibedung. Permasalahan ini mula ditimbulkan apabila wujud ketidakpuasan hati sesetengah pihak terhadap sistem pentadbiran sedia ada dan wujudnya gerakan menyebarkan dakyah mengelirukan.

Polemik ini akan menular pantas dan menjadi barah dalam masyarakat sekiranya kerajaan tidak memainkan peranan bagi menangani permasalahan ini. Kita sebagai rakyat juga harus lebih mendisiplinkan diri agar tidak menulis di media sosial atau menyebarkan dakyah fahaman songsang yang boleh menggugat keharmonian kaum. Semangat toleransi antara kaum harus dipupuk sedari kecil dan segalanya bermula dari rumah.

Semangat muhibah dan saling menghormati serta sikap bertoleransi sewajarnya terus disemai di antara kaum dalam memastikan agenda nasional dapat diperkasakan. Hentikan usaha menuangkan minyak tanah dalam api yang hanya merugikan semua pihak dan menggugat keharmonian antara kaum. Raikan persamaan dan ketepikan perbezaan.

MOHAMAD IDHAM MD. RAZAK
Pensyarah Kanan UiTM Melaka

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya