Tangani jenayah alam sekitar - Utusan Malaysia

Tangani jenayah alam sekitar

PEGAWAI Jabatan Alam Sekitar (JAS) memeriksa kualiti udara di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor yang tercemar akibat pencemaran sisa kimia pada 2019. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENGUMUMAN Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menubuhkan Unit Jenayah Alam Sekitar bagi menangani isu pencemaran perlu disambut baik oleh semua pihak.

Difahamkan penubuhan unit dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta agensi penguat kuasa akan melindungi sumber alam yang sangat berharga daripada masalah pencemaran.

Oleh itu, semua kementerian berkaitan termasuk Majlis Keselamatan Negara perlu bekerjasama bagi memastikan unit berkenaan dapat membanteras isu-isu jenayah berkaitan alam sekitar dan sumber asli.

Dalam pada itu, tindakan tegas mesti diambil terhadap pegawai penguat kuasa yang mengabaikan tugas di bawah undang-undang sedia ada dalam memantau dan mengambil tindakan secara tegas. Tiada gunanya kita mempunyai undang-undang yang kuat tetapi lemah dalam pelaksanaannya.

Selanjutnya, badan kehakiman perlu memberi perhatian serius berhubung kesalahan dan jenayah alam sekitar serta mengenakan hukuman maksimum, bukannya sekadar mengenakan denda yang membolehkan pesalah membayar dan terus mencemarkan alam sekitar.

SAHABAT ALAM MALAYSIA (SAM)
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya