Siapa sebenarnya menang di Slim? - Utusan Malaysia

Siapa sebenarnya menang di Slim?

Calon-calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim, (dari kiri) Mohd. Zaidi Aziz (BN), Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (Bebas) dan S. Santharasekaran, 29 Ogos lalu. UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMAI pembaca mungkin terpinga-pinga dengan tajuk artikel ini. Bukankah Barisan Nasional (BN) sudah menang besar sampai lima kali ganda majoriti daripada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dahulu?

Bukankah tertera yang Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tewas merudum dengan hanya tidak sampai 3,000 undi pun? Nak cerita apa lagi?
Pada pandangan saya, dari sudut taktik perang besar, sebenarnya Pejuang yang tersenyum lebar.

BN memanglah tergelak besar tetapi yang pening kepala adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Betulkah BN menang besar?

Sekarang kita tengok Pejuang pula. Mereka dapat hampir 3,000 undi. Deposit tidak hilang. Bagi sebuah parti yang tidak sempat didaftarkan pun sudah boleh dapat 3,000 undi.

Pejuang berjaya bergerak bersama-sama pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP. Ada juga orang PKR datang tunjuk muka. Saya ingatkan tiada. Itu juga satu ‘kemenangan’.

Maka itu, dalam perkiraan saya, Pejuang adalah pemenang besar dalam perang saraf politik. Pejuang berjaya bertapak dengan keberaniannya bertanding menentang kerajaan negeri dan jentera besar Pas dan UMNO.

ROCKY

Macam cerita dalam filem Rocky yang pertama, dia menentang Apollo sebagai juara dunia. Rocky dibelasah tetapi dia tetap berdiri berlumuran darah dan memenuhi pusingan demi pusingan tanpa knock out.

Apollo akhirnya mempertahankan kejuaraannya tetapi Rocky memenangi hati penonton terbanyak. Apollo kalah dan tewas perang psikologi dan Rocky menang.

Dalam buku Art of War, Sun Tzu menulis bahawa cara terbaik memenangi peperangan adalah bukan dengan kekuatan mengorbankan jiwa dan wang yang banyak.

Cara terbaik adalah memenangi perang dengan mengkucar-kacirkan musuh supaya ia akan tewas maruah dan susunan strategi peperangan.

Perang sebenar PRU-15 bukan di antara Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) tetapi BN dengan PN.

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim membuka jalan dan laluan bagi BN kembali berkuasa.

Selagi PH masih bergaduh tentang siapa nak jadi Perdana Menteri, peluang BN cerah untuk menetapkan strategi pasca kemenangan PRU-15.

Tetapi, kalau PH dan masyarakat sivil dapat duduk semeja dan berkerjasama sebagai satu wadah perjuangan, maka BN mungkin kecundang. Di mana Bersatu dan PN dalam senario ini? Mungkin tiada siapa pun kisah.

Jangan-jangan mereka yang berpaling tadah kembali ke pangkal jalan dengan taktik ‘gencatan senjata’ yang dicadangkan.

Siapa menang, siapa sebenarnya kalah dalam politik Malaysia? Parti menang tetapi tidak menjadi kerajaan, parti kecil jadi Perdana Menteri.

Itu yang saya kata pada awal rencana, politik Malaysia adalah berwarna-warni dan tidak boleh dibilang dengan jari jemari.

PROFESOR Dr. Mohd. Tajuddin Mohd. Rasdi ialah ahli akademik seni bina dan penganalisis kritis di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya