Selidik lesen niaga warga asing - Utusan Malaysia

Selidik lesen niaga warga asing

ADA warga asing sanggup berkahwin dengan rakyat tempatan semata-mata mahu berniaga atau mendapatkan status penduduk tetap. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, sebuah pertubuhan bukan kerajaan memohon kerajaan menghentikan pemberian lesen perniagaan kepada rakyat tempatan yang berkahwin de­ngan warga asing bagi mengelak ia terus dimanipulasi untuk berniaga.

Ada asasnya perkara yang disuarakan itu kerana sudah semakin banyak premis perniagaan diusahakan oleh warga asing termasuk di luar Lembah Klang. Ada peniaga asing di Pulau Pinang didakwa sanggup berkahwin lebih daripada seorang rakyat tempatan semata-mata mahu membuka cawangan operasi di beberapa lokasi lain.

Dari segi undang-undang, perniagaan berkenaan mempunyai lesen yang sah kerana didaftarkan atas nama isteri rakyat tempatan.

Di Ayer Hitam, Johor pula, siasatan Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) mendapati ada lesen yang digunakan oleh warga asing dipercayai milik warga tempatan yang memiliki hubungan kekeluargaan seperti suami isteri atau anak-anak.

Tidak dinafikan ada dalam kalangan warga asing yang datang ke negara ini menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sentiasa mencari peluang untuk berniaga dan terus menetap dengan memohon pas jangka panjang dan taraf penduduk tetap (PR).

Dikhuatiri lebih ramai pekerja asing termasuk berstatus pendatang asing tanpa izin (PATI) akan mengambil kesempatan berkahwin dengan rakyat tempatan bagi mengelak dihantar pulang dan berniaga di negara ini tanpa halangan daripada pihak berkuasa.

Oleh yang demikian, ada keperluan untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyemak semula syarat pas jangka panjang supaya tidak terus dieksploitasi dengan mudah oleh warga asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan untuk memperoleh kelebihan tertentu.

M. FAISAL
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya