Perlu serius ambil tindakan saman - Utusan Malaysia

Perlu serius ambil tindakan saman

ORANG RAMAI beratur menunggu giliran untuk mengambil bekalan air bersih di Pusat Khidmat Setempat Seksyen 4, Shah Alam, Selangor pada 4 September lalu. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA tertarik dengan kesediaan Persatuan Pengguna Kedah (Cake) untuk membantu penduduk Lembah Klang memfailkan saman terhadap pemilik bengkel menyelenggara mesin dan jentera di Rawang yang menyebabkan pencemaran air Sungai Selangor, minggu lalu.

Saman itu boleh dibuat mengikut peruntukan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Sebanyak 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selama empat hari berikutan berlaku pencemaran air mentah di kawasan Sungai Gong yang bersambung dengan sungai utama yang membekalkan air ke loji rawatan.

Saya yakin kenyataan Cake bukanlah main-main kerana persatuan itu sebelum ini telah mewakili penduduk dan peniaga yang terjejas akibat Kluster Sivagangga memfailkan saman sivil ke atas pemilik Restoran Salleh di Mahkamah Tinggi Alor Setar bagi menuntut ganti rugi lebih RM1.5 juta susulan penularan Covid-19 di Kedah sejak 28 Julai lalu.

Cuma proses mahkamah tersebut akan melibatkan tempoh panjang. Berikutan itu, siapakah dalam kalangan lima juta pengguna yang terjejas akibat gangguan bekalan air secara tiba-tiba di tujuh daerah sekitar Lembah Klang sanggup naik turun mahkamah dalam tempoh yang lama?

Bersikap seriuslah dalam mengambil tindakan saman ini. Jika ada pihak sanggup berjuang dalam tempoh yang lama di mahkamah, mereka memang hebat dan patut disokong oleh kita dari segi kewangan dan moral.

HAJI SALIM
Rawang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya