Najis kucing sangat banyak - Utusan Malaysia

Najis kucing sangat banyak

GAMBAR yang diambil sebagai bukti najis kucing bertaburan di hadapan rumah penduduk. – IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA penghuni Blok 1, Flat Sri Labuan, Bandar Tun Razak, Cheras, berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dapat mengambil tindakan segera terhadap aduan yang telah dibuat mengenai najis kucing di hadapan kediaman penduduk.

DBKL telah meletakkan notis melarang penduduk membela kucing. Namun, terdapat pihak tidak bertanggungjawab telah mengoyakkan notis tersebut.

Ini adalah aduan saya kali kedua memandangkan selepas yang pertama, DBKL cuma melakukan rondaan sebanyak sekali sahaja.

Saya mengajukan masalah ini kepada DBKL disebabkan saya dikenakan yuran penyelengaraan sebanyak RM45 sebulan. Saya mengharapkan DBKL mengambil tindakan sewajarnya ke atas penduduk yang tidak bertanggungjawab.

Apa gunanya saya membayar yuran penyelenggaran setiap bulan jika tiada tindakan daripada DBKL terhadap penduduk yang ingkar terhadap notis yang telah ditampal?

Saya amat kesal kerana sehingga kini, DBKL tidak mengambil tindakan ke atas penduduk yang membela kucing dan membiarkan haiwan peliharaan mereka membuang najis di hadapan rumah penghuni lain.

Saya juga berharap, bahagian yang bertanggungjawab menerima aduan sentiasa melayan panggilan orang ramai. Jika tidak mengangkat telefon, boleh wujud persepsi DBKL memandang enteng aduan penduduk.

Diharapkan DBKL dapat melakukan sesuatu demi ketenteraman penduduk Flat Sri Labuan.

296-1
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya