Melahirkan masyarakat menjaga adab - Utusan Malaysia

Melahirkan masyarakat menjaga adab

Anggota MBSA mengecat semula dinding lukisan mural gergasi empat pemimpin yang diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam, Selangor pada 20 Julai lalu. – UTUSAN/MOHD. YUNUS YAKKUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, gempar insiden lukisan mural gambar Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan dan pemimpin lain diconteng dengan kata-kata kesat.
Insiden itu dipercayai akibat kurang pendidikan adab dalam menghayati Rukun Negara.

Pendidikan adab dan akhlak amat penting dititikberatkan oleh ibu bapa, guru serta masyarakat dengan nilai-nilai menghormati, menghayati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara.

Antaranya, prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan yang merupakan asas dalam mengikat suasana harmoni rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Mendidik adab adalah perkara asas dalam membentuk penghayatan prinsip dan nilai Rukun Negara demi mengeratkan perpaduan rakyat.

Manusia beradab sentiasa merujuk kepada perhubungan yang mematuhi norma, etika dan tingkah laku sosial mengikut keperluan tertentu terutama melibatkan institusi kekeluargaan, masyarakat, negara dan agama.

Dalam Islam, pendidikan adab adalah tanggungjawab utama ibu bapa yang sepatutnya membiasakannya terhadap diri anak-anak sejak kecil lagi. Malah sebahagian besar ulama menekankan pendidikan adab kepada anak hendaklah didahulukan berbanding ilmu.

Sekiranya mendidik adab tidak diberi perhatian, anak akan mudah terikut-ikut perbuatan orang lain yang tidak sepatutnya. Sebab itu soal adab memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar ibu bapa sejak awal lagi.

PROF. MADYA DR. MARDZELAH MAKHSIN
Universiti Utara Malaysia (UUM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya