Sejak beberapa tahun kebelakangan khususnya di Seremban, gerai penjaja di tepi jalan tumbuh bak cendawan selepas hujan. Pada peringkat awal, mungkin ia disambut baik masyarakat, apatah lagi niat di hati mahu membantu golongan penjaja mencari wang bagi meneruskan kehidupan termasuk membesarkan anak-anak. Ya, zaman sekarang bukan mudah. Peluang pekerjaan yang ada tidak dapat memenuhi permintaan. Bagi yang sudah memiliki pekerjaan, tiba-tiba pula diberhentikan, terus hilang sumber pendapatan. Jadi, ramai yang mengambil keputusan untuk berniaga. Letaklah meja, payung dipacakkan, jual apa sahaja asalkan wang dapat diperoleh segera. Namun lama-kelamaan, niat baik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya