Kita tidak mesra warga tua - Utusan Malaysia

Kita tidak mesra warga tua

DIANGGARKAN tujuh peratus penduduk Malaysia sekarang berusia 65 tahun ke atas. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TERDAPAT laporan media massa baru-baru ini bahawa Malaysia semakin menghampiri status negara tua berdasarkan statistik dikeluarkan Jabatan Perangkaan.

Dianggarkan tujuh peratus daripada 32.6 juta rakyat Malaysia berusia 65 tahun ke atas pada tahun ini. Statistik itu jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu yang mana hanya lima peratus penduduk berumur 65 tahun ke atas.

Berdasarkan definisi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sekiranya penduduk berusia 65 tahun ke atas mencapai 15 peratus daripada keseluruhan penduduk, negara berkenaan di gelar negara tua.

Negara-negara yang mempunyai lebih 15 peratus penduduk berusia lebih 65 tahun adalah Hong Kong, Taiwan, Jepun, Rusia, Denmark, Finland, Norway, Sweden, United Kingdom, Itali, Perancis, Jerman, Belanda, Switzerland dan New Zealand.

Kita perlu belajar daripada negara terbabit, bagaimana untuk menguruskan persekitaran yang mempunyai ramai warga tua. Antara yang menarik untuk dikaji adalah laluan pejalan kaki dan melintas didapati tidak mesra warga tua.

Pertukaran warna lampu isyarat daripada hijau ke merah adalah terlalu pantas. Laluan pejalan kaki di kaki lima yang pecah, licin dan tidak rata juga berbahaya kepada warga tua. Jika terjatuh dan mengalami patah pada anggota badan, golongan inilah yang paling lambat untuk sembuh.

Bersedialah dari sekarang dengan pelbagai pelan tindakan supaya persekitaran kita lebih mesra warga tua.

ABANG BELIA
Taiping, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya