SAUDARA PENGARANG,
KECEKAPAN Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dalam mengenal pasti masalah berkaitan capaian internet di kawasan pedalaman amat dipuji meman-dangkan penggunaan jalur lebar sudah menjadi keperluan asas dalam kehidupan harian bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dari segi teknologi.
Perkara sama turut disuarakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah yang mahu mengiktiraf internet sebagai utiliti ketiga selepas air dan elektrik di Kedah.
Ini bermakna apabila seseorang membeli sebuah rumah baharu, keperluan air, elektrik dan internet hadir dalam satu pakej yang sekiranya dilihat dari sudut positif, memudahkan pemilik rumah.
Ia seolah-olah masuk ke sebuah rumah yang lengkap segalanya.
Namun, apa yang dirisaukan adalah harga rumah yang berkemungkinan akan meningkat berikutan dilengkapi kemudahan jalur lebar. Kerajaan perlu mengambil kira tahap kemampuan penduduk dari segi ekonomi memandangkan fokus utama adalah masyarakat luar bandar.
Oleh itu, pelbagai pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan keperluan internet di kawasan pedalaman disegerakan serta pada masa sama memantau harga rumah baharu agar masih di bawah kemampuan orang ramai.
LUQMAN HAZIQ ASRI
Baling, Kedah