Jana pendapatan melalui YouTube - Utusan Malaysia

Jana pendapatan melalui YouTube

YOUTUBE adalah salah satu platform digital yang digunakan untuk pemasaran produk secara efektif. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

YouTube kini menjadi platform digital untuk menyampaikan saluran maklumat kepada umum. Terdapat pelbagai jenis pengkisahan berdasarkan tema. Ada kisah berkaitan kehidupan harian, dekorasi rumah dan sebagainya. Ada saluran milik salah seorang artis terkenal Malaysia yang memaparkan aktiviti harian anak kecilnya. Kisah ini bukan sahaja mampu menarik perhatian umum malah menjadi satu cerita yang ditunggu-tunggu oleh para peminat.

Malah ada yang gemar berkongsi pengalaman melancong sama ada di luar mahupun dalam negara. Dengan menggunakan kata carian hashtag, anda boleh mencari topik yang diinginkan dan menonton pelbagai video menarik yang dikongsi.

Kini, ramai menggunakan YouTube sebagai salah punca pendapatan. Ada Youtuber menerima pendapatan yang agak lumayan hanya dengan berkongsi cerita melalui video. Teknik pemasaran secara konsisten adalah salah satu strategi penting bagi seorang Youtuber. Setiap kandungan mahupun jalan cerita yang ditonjolkan hendaklah bersesuaian dengan sasaran penonton.

Jika cerita yang dibuat berkualiti dan menarik, pastinya menyumbang kepada jumlah pelanggan dan meningkatkan jumlah penonton.

NOREEN NOOR ABD. AZIZ
Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya