Ingin tahu perkembangan teksi air - Utusan Malaysia

Ingin tahu perkembangan teksi air

FERI Pulau Pinang harus dikekalkan sebagai tarikan pelancong. – UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA berharap Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan pihak-pihak berkaitan dapat memaklumkan perkembangan terkini cadangan mewujudkan perkhidmatan teksi air atau catamaran boat di negeri itu.

Perkhidmatan teksi air adalah sebahagian daripada rancangan dikemukakan dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang yang diumumkan pada 2016.

Difahamkan, dermaga teksi air itu akan dibina di Gurney Wharf, Persiaran Gurney yang menghubungkan tanah besar di Butterworth.

Masalah empat feri sedia ada yang sering rosak memerlukan perkhimatan teksi air diwujudkan segera.

Dalam pada itu, walaupun feri sedia ada sering rosak, saya berharap ia terus dikekalkan sebagai tarikan pelancong. Bagi meminimumkan kos penyelenggaraan, kekerapan feri beroperasi setiap 40 minit perlu dikurangkan lagi.

Perkhidmatan feri Pulau Pinang yang bermula pada 1894 adalah yang pertama dan paling tua masih beroperasi di negara ini. Ia hampir menyamai Hong Kong Star Ferry yang bermula 14 tahun lebih awal.

Saya juga berharap enjin feri terbabit ditukar sepenuhnya kepada jenis baharu sekiranya ada syarikat tempatan yang mampu menghasilkannya. Saya difahamkan, alat ganti enjin lama feri buatan Hong Kong itu hanya boleh diperoleh dari Sweden dan Ireland.

PI MAI TANG TU
Seberang Perai, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya