Guna sepenuhnya khidmat TLDM - Utusan Malaysia

Guna sepenuhnya khidmat TLDM

Selepas pesawat kini kapal China pula didakwa menceroboh perairan negara. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA tertarik dengan laporan akhbar baru-baru ini bahawa Turki telah mengarahkan kapal tentera laut mengiringi kapal awam negara itu yang melakukan eksplorasi gas di Laut Mediterranean.
Langkah tersebut dibuat bagi mengelak kapal terbabit diganggu oleh tentera laut Greece yang turut menuntut kawasan perairan berkenaan.

Bagi saya, amalan tersebut harus dicontohi Malaysia dengan mengarahkan kapal dan aset lain milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengiringi bot nelayan dan syarikat petroleum yang menjalankan aktiviti di perairan yang menjadi pertikaian dengan Indonesia di Selat Melaka dan China di Laut China Selatan.

Langkah tersebut akan memastikan kejadian bot nelayan Malaysia dirampas dan kelasi dipenjara kerajaan Indonesia tidak berulang. Saya juga yakin kejadian kapal eksplorasi Petronas, West Capella yang berada di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia diganggu kapal-kapal Pengawal Pantai China tidak berlaku lagi.

Amalan itu bukanlah baharu kerana anggota Pasukan Pelindung Kapal (PPK) dan kapal sokongan TLDM, Bunga Mas Lima pernah terlibat mengiringi kapal dagang Malaysia di perairan Teluk Aden, Somalia daripada serangan lanun. Di manakah kapal itu sekarang?

TLDM perlu bersikap lebih agresif dan bukan sekadar menunggu berlaku peperangan, baru mahu bertindak.

MARIAM HARUN
Seberang Perai, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya